Seorang
wanita warga Indonesia meraung sebaik doktor memaklumkan dia
berkemungkinan dirogol selepas ditemui orang awam tidak sedarkan diri di
Terminal Bas, Pujut, di sini, kelmarin.
Mangsa
berusia 33 tahun itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan tidak
sedarkan diri jam 9 pagi dan dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan
pemeriksaan lanjut, bagaimanapun punca sebenar kejadian belum diketahui.
Sumber
berkata, mangsa yang masih dalam keadaan lemah dan trauma,
meronta-ronta ketika dimaklumkan doktor ada tompokan air mani pada alat
sulitnya.
“Mangsa dipercayai diberikan dadah sebelum dirogol, selepas hasil ujian air kencing mendapati dia positif methaphetamine.
“Punca
kejadian masih belum diketahui kerana mangsa masih trauma dan polis
masih menyiasat kejadian yang menimpa mangsa,” katanya.

0 comments: